Wednesday, March 12, 2008

Kemusykilan dalam berjimak

1. Assalamua'laikum. Saya ingin bertanya; 1. Benarkah Rasulullah tidak pernah melihat kemaluan isteri-isteri nya? 2. Apakah hukum dan pandangan dari sudut Islam mengenai perbuatan menjilat kemaluan iste i. Memang benar Rasulullah s.a.w. tidak pernah melihat kemaluan isteri-isterinya. ii. Perbuatan sedemikian adalah bukan dari akhlak Islam, oleh itu hendaklah dijauhi.
2. A'skum... Ustaz, saya ada kemusykilan dengan adat dan syariat tentang jimak selepas nikah. Seringkali kita mendengar peristiwa seperti nikah gantung. Dikatakan mengikut adat, suami isteri dalam nikah Wa’alaikumussalam wbt. Konsep nikah gantung tidak wujud dalam Islam. Dengan demikian suami isteri yang sah boleh melakukan persetubuhan walaupun belum diadakan majlis kenduri. Apabila suami isteri telah sah berkahwin tidak timbul persoalan dosa dalam perhubungan suami isteri
3. Assalamualaikum wbt Apakah hukum melakukan jimak jika isteri sudah kering darah haid/nifas tapi masih belum mandi. Jika tidak boleh, apakah yang patut dilakukan jika dilakukan sebelum ini dalam keada Wa’alaikumussalam wbt. Menurut Mazhab Syafie isteri tuan dikehendaki mandi wajib terlebih dahulu. Bersetubuh setelah kering haid tapi belum mandi wajib hukumnya haram kerana suci dikira selepas mandi wajib.
4. Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang hukum melakukan oral seks? Adakah ia dibenarkan oleh agama Islam atau adakah ia hanya satu pengaruh dari filem2 lucah semata2. Dalam Islam telah ditentukan peraturan adab-adab ketika melakukan persetubuhan. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud : " Isteri-isteri kamu adalah (seperti) tanah tempat bercucuk tanam mu itu bagaimana saja kamu kehendaki" . Oleh yang demikian perbuatan melakukan oral seks adalah harus tetapi tidak digalakkan. .
5. salam....apakah yang dimaksudkan dengan mengeluarkan air mani secara sengaja? Waalaikum Salam. Mengeluarkan air mani dengan sengaja ialah perbuatan yang diharamkan di dalam Islam seperti memasukkan jari ke faraj atau menggunakan tangan untuk merangsang nafsu seks. Selain daripada itu juga proses mengelurkan air mani secara sengaja boleh berlaku dengan menonton filem lucah yang merangsang nafsu seks.
6. Assalamualaikumm! Saya ingin bertanya tentang seorang suami dengan isterinyatelah bersetubuh dalam bulan ramadhan.Jika mereka ingin membayar kifarat dengan memberi sedekah kepada 60 orang miskin. bol Hukum bersetubuh di waktu siang hari dalam bulan Ramadhan adalah haram. Suami hendaklah memerdekakan seorang hamba, sekiranya tiada hendaklah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin selama satu hari, dan sekiranya tidak mampu hendaklah berpuasa 60 hari berturut-turut sebagai hukuman. Sekiranya tidak mampu setelah ia mencuba hendaklah digantikan dengan Kifarat tersebut, dan tidak boleh membayar di Pusat Urus Zakat.
7. Tuan, tolong terangkan kepada saya maksud 'nafkah batin' secara terperinci. Terima kasih. Nafkah batin ialah nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dalam hubungan seks.
8. saya belum bersedia untuk menimang anak kedua dalam tempoh terdekat disebabkan ingin lulus semua peperiksaan jabatan dan menghadiri kursus wajib bagi pengesahan jawatan, justeru adakah merancang dang Saudari hendaklah berbincang dengan suami terlebih dahulu samada ia bersetuju atau pun tidak.Jika si suami tidak mengizinkan, maka ia berdosa. Langkah yang perlu dibuat ialah dengan mendapat nasihat daripada doktor perubatan yang berugama Islam dan memakan ubat-ubatan yang boleh mencegah kehamilan

Disediakan oleh:Zulhusmi bin Mohd Noor

No comments: