Wednesday, March 12, 2008

Soal Jawab Poligami

1. Saya berumur 36 seorang yg telah berkhwin hampir tiada masalah dgn perhubungan kami.apa yang berlaku ketika ini ialah saya ingin poligami atau beristeri seorang lagi.keputusan saya buat ini adalah at Hasrat tuan untuk berpoligami, tuan dinasihatkan supaya membuat permohonan poligami di Jabatan Agama Islam yang berhampiran. Tindakan tuan untuk berkahwin di luar negara sewajarnya dielakkan. Uruslah perkahwinan secara poligami ini secara jujur dan penuh tanggungjawab. Untuk berpoligami saudara hendaklah mempunyai kemampuan dari aspek fizikal, mental dan kewangan agar kehidupan berpoligami berada dalam keadaan aman dan bahagia.
2. saya ada kawan yang nak kawin. saya sendiri xtau nak jawab. soalan saya, kawan saya bersetuju menjadi isteri kedua. lelaki sanggup mengahwininnya tetapi isteri suami tersebut tidak mengizinkan dan me Bagi suami yang ingin berpoligami hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pihak Mahkamah Syariah. Pihak mahkamah yang akan menentukan sama ada suami layak atau tidak untuk berpoligami.
3. blh x poligami tanpa persetujuan isteri pertama. ada x agensi yg blh menguruskannya? harap di beri jawapn kpd kemusykilan in Bagi suami yang ingin berpoligami hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pihak Mahkamah Syariah. Pihak mahkamah yang akan menentukan sama ada suami layak atau tidak untuk berpoligami. . Bagi sesetengah negeri pula pihak suami perlu mendapatkan keizinan isteri pertama untuk berpoligami.
4. Saya dan teman lelaki ingin berkahwin.Tetapi isterinya tidak mahu berpoligami dan tidak mahu menandatangani borang poligami.Disebabkan ini,kami tidak dapat bernikah. Adakah cara lain untuk saya berni Islam mengharuskan poligami sekiranya suami itu berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan. Terdapat perbezaan antara Akta/Enakmen antara negeri-negeri berkaitan keizinan isteri pertama untuk poligami. Oleh itu, langkah yang paling baik berbincang dengan ahli keluarga cadangan untuk berpoligami. Sekiranya ada persetujuan bolehlah membuat permohonan poligami di Mahkamah Syariah yang berdekatan.
5. apakah syarat-syarat berpoligami mengikut hukum agama dan undang-undang negara kita. adakah lelaki perlu mendapatkan keizinan dari isterinya dahulu sebelum bernikah dengan perempuan lain dan bagaiman Menurut hukum syara’ seorang lelaki muslim boleh berpoligami sehingga empat orang isteri dan dia hendaklah berlaku adil menurut tuntutan agama. Pada peringkat awal lelaki muslim digalakkan berkahwin dengan janda yang suaminya syahid di medan perang. Di atas keperihatinan terhadap anak dan janda tersebut Rasulullah menggalakkan mereka yang masih hidup mengahwini wanita-wanita yang kematian suami. Pada masa kini negara kita menguatkuasa enekman syariah di setiap negeri. Salah satu anekmen termasuklah undang-undang keluarga dan poligami. Mungkin terdapat beberapa perbezaan kecil yang menghendaki suami perlu mendapatkan keizinan isteri atau kelulusan mahkamah dan seumpamanya bagi meneruskan hasrat tersebut.
6. Tuan, saya seorang yang sudah berkahwin tetapi saya telah berkenalan dengan seorang wanita dan kami telah terlanjur. Saya ingin berkahwin dengan wanita ini tetapi isteri saya tidak membenarkannya. Pe Sebaik-baiknya tuan hendaklah bertanggungjawab di atas sebarang perbuatan/ keterlanjuran tersebut. Saudara hendaklah berlaku jujur dan berjumpa dengan kedua ibu bapa wanita tersebut bagi menyelesaikan masalah tersebut. Manakala masalah ketidakizinan isteri saudara perkara ini boleh diselesaikan di mahkamah dengan membuat permohonan untuk berpoligami
7. A.kum.Baru-baru ini kami telah mendaftarkan perkahwinan di siam dan telah dipanggil ke mahkamah syariah buat petama kali.Bolehkah tuan terangkan apakah prosedure mahkamah seterusnya.Adakah kes kami a Saudari perlu menunggu keputusan daripada mahkamah syariah berkenaan untuk memastikan perkahwinan tersebut sah jika memenuhi syarat-syarat perkahwinan yang ditetapkan dan berkemungkinan didenda kerana berkahwin di luar negara.Denda berkenaan akan ditentukan oleh hakim mahkamah syariah berkenaan.Tempoh masa bagi mendafar perkahwinan tersebut terletak di bawah bidang kuasa mahkamah syariah berkenaan.
8. Tuan/Puan, Saya dan bakal suami ingin melangsungkan perkahwinan dlm tempoh yg terdekat.Masalahnya di sini,calon suami telah pun berkahwin dan merancang untuk berpoligami (bersama saya).Sebaiknya kami Saudara boleh memohon untuk berpoligami di mahkamah syariah yang berhampiran.Untuk berpoligami memerlukan syarat-syarat tertentu seperti kedudukan kewangan yang mantap untuk menanggung kedua-dua isteri selain daripada kebenaran isteri bagi sesetengah prosedur berpoligami di mahkamah syariah yang berkaitan.Oleh itu saudara bolehlah menghubungi pegawai di unit pendaftaran poligami di mahkamah syariah yang berdekatan.
9. Saya telah bernikah lebih 13thn dulu. Saya & suami adalah warganegara spura. Kami mempunyai 3 org anak. Suami saya mengaku dihadapan anak2 bahwa dia telahpun bernikah lagi. Dia juga telah membuat per Suami puan boleh meguruskan pendaftaran poligami di Jabatan Agama Islam Negeri yang berhampiran di talian telepon 03-22749333 dengan menghubungi Ketua Pendaftar unit Nikah ,Cerai, Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI).
10. Assalamualaikum ustaz, Saya ada sedikit masalah & amat memerlukan pandangan/bantuan ustaz. Saya berumur 38 thn, bekerja, pernah berkahwin 7 thn yg lalu. Namun jodoh saya tidak pjg hanya sekdr beberap Alasan suami tersebut untuk mencari pasangan baru seharusnya dibuat perbincangan yang mendalam dengan keluarga terdekat bagi kedua-dua belah pihak agar tidak menimbulkan suasana yang tidak harmoni di dalam rumahtangga berkenaan.Dirikanlah sembahyang istikaharah dan mohon pertunjuk daripada Allah terhadap bakal suami ini, samada sesuai ataupun tidak.Isteri berkenaan perlu diubati dengan apa cara sekalipun bagi memulihkan ingatannya.Dia telah berkorban selama ini untuk membesarkan anak-anaknya seramai 9 orang.Fikirkanlah
11. Assalamualaikum ustaz, Saya ada sedikit masalah & amat memerlukan pandangan/bantuan ustaz. Saya berumur 38 thn, bekerja, pernah berkahwin 7 thn yg lalu. Namun jodoh saya tidak pjg hanya sekdr beberap Alasan suami tersebut untuk mencari pasangan baru seharusnya dibuat perbincangan yang mendalam dengan keluarga terdekat bagi kedua-dua belah pihak agar tidak menimbulkan suasana yang tidak harmoni di dalam rumahtangga berkenaan.Dirikanlah sembahyang istikaharah dan mohon pertunjuk daripada Allah terhadap bakal suami ini, samada sesuai ataupun tidak.Isteri berkenaan perlu diubati dengan apa cara sekalipun bagi memulihkan ingatannya.Dia telah berkorban selama ini untuk membesarkan anak-anaknya seramai 9 orang.Fikirkanlah masa hadapan saudari dengan mendalam agar tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari.

No comments: