Wednesday, March 12, 2008

Soal jawab munakahat

Soalan :
Assalamualaikum,
 
Apakah sah ta'liq yang dilafazkan dan dipersetujui oleh pihak yang bersetuju tetapi tidak tidak dilakukan didalam suatu majlis?

 
Jika sah, apakah akan jatuh talak jika si isteri telah melanggar salah satu perkara dari ta'liq tersebut, tetapi perbuatan itu dilakukan tanpa niat, tanpa disedari atau tidak disengajakan?
 
Apakah sesuatu ta'liq tadi itu masih berkuatkuasa/sah setelah si suami rujuk ke atas si isteri?
 
  Diharap pihak tuan dapat membantu saya dalam kemusykilan ini, sekian wassalam
   
  Jawapan :
Ta'liq yang dilafazkan dan dipersetujui akan menjadi sah, sekiranya sesuatu perbuatan yang dilakukan memenuhi syarat yang telah disyaratkan dalam ta'liq tersebut.
 
Ta'liq tetap akan jatuh walaupun dilakukan tanpa niat, tanpa disedari atau tidak sengaja.
 
  3. Talaq ta'liq akan gugur setelah suami rujuk kepada isteri.




Soalan :
  Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar, saya jadi keliru. adakah sekadar untuk mengambil gambar diatas pelamin sememangnya tidak boleh ke?
   
  Jawapan :
Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.

  2. Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat.
     
    i) Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
    ii) Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
    iii) Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara'







Soalan :
Soalan :

 
Apakah jatuh talak oleh suami terhadap isterinya dengan niat untuk bergurau semata-mata?

 


 
Jawapan :

 
Hukumnya jatuh talak walaupun dengan berniat gurauan semata-mata. Sabda Rasulullah S.A.W "Tiga perkara sekiranya bersungguh-sungguh dengan dikira sungguh iaitu nikah, talak dan memerdekakan hamba".










2




Soalan :
Assalamualaikum ustaz,
 
Saya baru melangsungkan perkahwinan sebulan yang lalu, di sini saya ingin bertanya adakah benar haram hukumnya jika suami isteri memanggil pasangan masing-masing dengan gelaran mama dan baba?

Jika benar haram hukumnya, bagaimanakah caranya untuk kami bertaubat bagi membetulkan kembali kesalahan ini.

Diharap ustaz dapat membantu saya, ini adalah kerana saya amat bingung dengan perkara ini.
 
  Terima kasih
   
  Jawapan :
  Tidak berdosa memanggil pasangan masing-masing dengan gelaran mama & baba. Ini adalah kerana Islam tidak meletakkan satu panggilan khusus bagi pasangan suami dan isteri ketika berinteraksi antara satu sama lain. Walaubagaimanapun Islam menggalak-kan suami isteri memanggil dengan panggilan yang paling disukai oleh pasangan masing-masing. Dengan cara yang demikian, hubungan antara suami isteri akan men-jadi mesra dan kehidupan akan bertambah harmonis









Soalan :
Assalamualaikum;
 
Harap berikan tempoh edah dan perkara2 yang tidak boleh dilakukan oleh isteri dalam tempoh itu. Harap mendapat jawapan bagi soalan ini.
 
  Terima Kasih,
   
  Jawapan :
  Tempoh Edah Bagi Isteri Yang Kematian Suami :-
  1. Jika Isteri mengandung edahnya ialah dengan lahir anaknya.
Jika tidak mengandung edahnya 4 bulan 10 hari.
 
  Larangan Dalam Masa Edah
  1. Tidak boleh berhias seperti memakai pakaian berwarna dengan tujuan bersolek.
  2. Tidak boleh memakai gelang waktu siang hari.
  3. Tidak boleh memakai bahan yang wangi pada badan, pakaian dan makanan.
  4.
 
  5.
 
Tidak boleh menunaikan haji dan umrah dalam masa edah.
 
  Perempuan yang meninggalkan berkabung adalah berdosa.





Soalan :
  Saya telah sebulan mendirikan rumahtangga. Masalah yang kami hadapi sekarang ialah kami belum pernah lagi melakukan hubungan seks. Kerana disebabkan beberapa faktor seperti isteri takut, tiada keinginan, keletihan dan tinggal berasingan. Adakah ianya tidak menjadi kesalahan.
Saya ada terdengar orang menyatakan bahawa kalau sampai sesuatu masa (3 kali suci) kita masih belum melakukan hubungan seks, maka kita boleh berdosa. Betul ke ustaz?
   
  Jawapan :
Suami bertanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Nafkah batin : hubungan seks.
 
  Adalah menjadi kesalahan jika suami tidak menunaikannya. Mahkamah Syariah boleh mengambil tindakan kepada suami sekiranya isteri membuat aduan di Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah.















Soalan :
Seseorang wanita Islam bersekedudukan dengan lelaki yang bukan Islam atau sebaliknya tanpa nikah yang halal. Bagaimanakah kedudukan anak pasangan tersebut dan boleh dianggap Islam?

 
Jawapan :
Hukum bersekedudukan antara wanita Islam dan lelaki bukan Islam atau sebaliknya adalah haram dan dianggap zina. Perbuatan ini dikutuk dan dilaknat Allah. Anak yang lahir dari persetubuhan yang haram adalah mengikut nasab ibunya, jika ibunya Islam maka anaknya juga Islam atau sebaliknya.



Soalan :
  Assalamualaikum Dato' Mufti. Saya ingin bertanya, Apakah boleh saya lakukan apabila saya berada dalam keadaan was-was contohnya masalah saya ialah saya tertanya adakah saya ada melafazkan cerai kepada isteri saya.
   
  Adakah ada didalam Islam kaedah yang boleh digunakan ketika kita menghadapi rasa was-was seperti di atas?. Saya amat tertekan dengan masalah ini dan berharap Dato' Mufti dapat membantu saya.sekian terima kasih.
   
  Jawapan :
  Waalaikumussalam,
Hadis nabi berbunyi : "Was-was itu daripada syaitan"
Was-was adalah mainan syaitan. Syaitan sentiasa ingin merosakkan amalan umat Nabi Muhammad yang beriman. Sekiranya saudara sentiasa dibelenggu perasaan was-was, maka selalulah mengucapkan ta'awuz. Dan jangan melayan perasaan was-was tersebut. Bawalah mengingati Allah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.


















Soalan :
Assalamu'alaikum ustaz..
Ustaz, apakah hukumnya sah atau tidak seorang lelaki menikahi seorang perempuan yang telah telah mengandung 3 bulan sedangkan lelaki ini tidak mengetahui dengan pasti siapakah bapa kepada kandungan tersebut memandang-kan perempuan itu mengamalkan seks bebas. Perempuan tersebut juga pernah mengakui dihadapan lelaki ini dan ibunya bahawa anak dalam kandungan tersebut bukan anak kepada lelaki ini. Saya minta penjelasan ustaz berkenaan perkara berikut :
     
i. Adakah sah pernikahan mereka berdua.
ii.

iii. Jika kami sebagai keluarga kepada lelaki ini apakah yang patut kami lakukan.
   

Saya amat memerlukan jawapan daripada ustaz sendiri kerana saya telah bertanya-kan kepada beberapa orang yang dianggap memahami agama tetapi memperolehi jawapan yang berbeza-beza.

   
Jawapan :
i. Nikah sah.
ii.
 
iii.






Soalan :
Assalammualaikum.
 
  Saya ada seorang teman wanita yang merupakan sepupu dua kali kepada ibu saya. Bermaksud ibunya dan nenek saya bersepupu sekali. Mengikut nenek teman wanita saya tersebut (makcik bongsu kepada nenek saya), perhubungan kami adalah tidak dibenarkan melainkan saya perempuan dan teman saya itu lelaki. Tidak pasti jika ia hanya sekadar adat lama (Melayu Sarawak) atau sebaliknya. Mohon ustaz/ustazah dapat berikan panduan dan pandangan. Terima kasih.
 
 
  Jawapan :
  Jika encik hendak mengahwini wanita yang encik maksudkan tiada halangan memandangkan hubungan kekeluargaan itu telah jelas. Namun jika merujuk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Negeri Selangor 2003 ;
Pertalian yang melarang perkahwinan ;
   
  a. ibunya atau bapanya.
  b.
 
  c.
 
  d.
 
  e.
 
  f. Ibu saudara atau bapa saudara sebelah ibunya hingga ke atas.
  g. Ibu saudara atau bapa saudara sebelah bapa hingga ke atas.




Soalan :
Assalamualaikum
 
Apakah hukum seorang isteri yang keluar bersama rakan-rakan yang tidak disukai oleh suaminya. Namun demikian suaminya akan mengizinkan pada rakan yang tertentu sahaja, apa hukumnya pula, jika isterinya berjumpa dengan rakan yang dizinkan (setelah diizinkan) bersama-sama dengan rakan-rakan yang tidak disukai oleh suaminya itu pada masa yang sama. Beerti suaminya tidak tahu mengenai kehadiran rakan-rakan isterinya yang lain.
 
  Harap ustaz tidak terkeliru dengan persoalan saya ini.
   
  Jawapan :
  1.
   
  2.
   
  3.
   
  4.





Soalan :
  Assalamualaikum
  1.
 
   
  2.
 
   
  3.
   
 
 
  Jawapan :
  1.
 
   
  2.
 
   
  3.
   
     
  Manakala soal fasakh dan caranya adalah lebih baik puan merujuk kepada Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan puan di talian 55143400 (Talian umum JAIS). Puan boleh berhubung dengan Pegawai Khidmat Kaunseling di Ibu Pejabat untuk mendapatkan keterangan lanjut dan sekaligus mendapatkan khidmat nasihat yang bersesuaian dengan masalah rumahtangga puan di talian 55143461 / 55143460.




Soalan :
Assalammualaikum.
 
Saya mempunyai satu kemusykilan tentang hukum mengenai talak.

Jika seorang suami telah berkata ' jika kau keluar, jatuh talak satu' kepada isteri tetapi isteri itu tetap keluar dari pintu rumah.

Walau bagaimanapun, sebelum turun dari tangga apartment, si suami telah menarik isteri tersebut dan membawanya masuk semula ke rumah.
 
 
 


Dan sebenarnya si isteri juga dalam waktu itu telah mengandung cuma belum diketahui dan belum disahkan oleh Dr.
 
  Semoga tuan dapat menjawab soalan ini.
 
   
  Jawapan :
Jatuh talak, talak taklik dan ia tidak boleh ditarik balik walaupun dilafazkan ketika mengantuk. Persoalan isteri ditalak taklik ketika mengandung juga sah tetapi tempoh iddah lebih panjang iaitu selepas bersalin. Walaubagaimanapun jika ia talak pertama atau kedua boleh dirujuk kembali dalam iddah dengan persetujuan si isteri. Dan perlu didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk mengelak berlaku perkara yang tidak diingini. Setiap penceraian dan rujuk semula mesti ada hitam putih bagi mengelakan kekeliruan dan salah faham.
 
  Pasangan ini perlu mendapatkan khidmat nasihat ditalian berikut : Bahagian Perundangan Keluarga 03-55143641 atau 03-55143460 untuk mendapatkan pandangan dan nasihat lebih lanjut.



Soalan :
  Assalamualaikum,
Saya ingin suatu jawapan bagi soalan yang akan saya ceritakan ini.
 
  Saya mempunyai seorang kenalan. Baru-baru ini, dia telah mengaku mengandung 3 bulan anak luar nikah. Hasil perhubungan sulitnya dengan teman lelakinya sendiri. Mereka telah mengisafi perbuatannya. Tetapi, dia dalam dilema samada ingin menggugurkan kandungan tersebut atau tidak. Di samping itu, dia juga mahukan kandungan tersebut. Disebabkan masalah ini dan takut untuk memberitahu kepada keluarga masing-masing, dia telah meminta saya bertanya tentang samada mereka perlu bernikah dahulu sebelum mendaftarkan pernikahan. Padahal mereka tidak pernah mengikuti khusus pra perkahwinan dan menjalani ujian darah ? Saya ingin pendapat daripada pihak jabatan agama agar perkara ini tidak berlarutan dan menjaga kebaikan kedua-dua pihak yang telah mengakui kesalahan.
 
  Jawapan :
  -
 
   
  - Menggugurkan kandungan adalah HARAM.

Soalan :
  Saya telah 20 tahun bekeluarga dan mempunyai anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Suami saya telah melakukan sumbang mahram dengan anak perempuan sulong dari kecil lagi tanpa pengetahuan saya. Saya tahu perkara ini 3 tahun yang lepas, tetapi demi kasih dan sayang kepada beliau dan anak anak tanpa bapa, saya memaafkan beliau dan terus hidup sebagai suami isteri. Walau bagaimanapun, perkara tersebut berulang lagi dan saya memutuskan untuk berpisah dengan dia tanpa memberi alasan sebenar kepada jabatan agama. Saya sedang menunggu perbicaraan dengan mahkamah syariah. Saya teramat kesal , tertekan dan bersalah dengan anak saya kerana mementingkan keperluan saya daripada kejadian yang menimpa beliau.
 
Soalannya:
  Apa hukum perbuatan saya dan hidup bersama beliau selepas mengetahui perbuatan beliau ?
 
  Saya amat menyayangi suami saya dan masih tidak boleh terima beliau sanggup melakukan perkara terkutuk. Hingga kini saya masih teringatkan beliau dan masih berharap perkara ini tidak berlaku....
     
  Jawapan :
  1.
   
     
  2.
   



Soalan :
  Assalamualaikum.
saya mempunyi masalah dengan suami saya. dia seorang kaki pukul. dan saya selalu mengadu dengan seorg kawan baik (llelaki) sahaja. Segala masalah saya luahkan pada kawan saya. Pada hari yang sama suami telah berkata, " jika saya keluar dengan lelaki maka jatuh talak"
 
Soalan :
  1.
 
   
 
 
   
  Soalan :
1. Adakah saya masih sah sebagai isterinya @ sebaliknya?
   
  2.
   
  Jawapan :
  1.
 
  2.
 
  3.
   




Soalan :
  Assalamualikum,
 
Saya menetap di Pasir Gudang Johor. Soalan saya adalah
   
  Adakah sah lafaz cerai itu sekiranya si suami yang berada dalam keadaan marah kerana si isteri tidak mahu menoleh ke arah nya setelah dipanggil berkali-kali lalu melafazkan "kalau awak tak pandang saya, saya ceraikan awak" dan tiba-tiba si isteri yang berlalu pergi itu menoleh ke belakang dan pandang ke arah si suami?
 
 
Jawapan :
Waalaikumsalam
 
  Lafaz cerai secara taklik oleh suami akan gugur (Jatuh talak) sekiranya telah berlaku perlanggaran taklik oleh isteri. Dalam kes ini, tidak jatuh talak kerana isteri tuan tidak melanggar taklik tersebut.



Soalan :
Assalamualaikum
 
Ketika saya belajar di sekolah dulu, Guru saya mengajar kepada saya bahawa anak luar nikah tidak boleh ber Bin atau Binti kepada Ayah nya, sebaliknya hendaklah ber Bin atau Binti kepada Ibunya, Oleh kerana untuk menjaga masa depan Anak Itu maka boleh la di Bin atau Binti pada Abdullah.
 
  Tetapi pada masa ini, saya lihat ramai orang yang mem Bin atau Binti kan Anak Luar Nikah dengan bapa sebenar, Apakah hukumnya, dan bagaimana urusan pernikahan anak itu kelak?.
   
Jawapan :
 
  1.

 
  2.
   











Soalan :
Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya berkaitan talak:
 
1. Jika pasangan suami-isteri telah disabitkan talaq khulu', bagaimana caranya mereka untuk rujuk semula?

2. Saya pernah terdengar ada beberapa jenis talaq yang memerlukan akadnikah baru untuk menjadi suami isteri semula.jadi apakah jenis-jenis perceraian tersebut?

3. Sekiranya akad-nikah semula dijalankan, adakah perkahwinan itu memberi kesan bilangan kepada pasangan?Adakah bilangan talaq akan berkurang atau sebaliknya?
   
  Saya amat mengharapkan jawapan dari pihak tuan. saya juga ucapakan terima kasih di atas bantuan yang diberikan
   
Jawapan :
Assalamualaikum,
 
Cerai khulu' hendaklah bernikah semula untuk kembali sebagai suami isteri.
 
2. Cerai khulu', taklik khulu', fasakh, perceraian dengan talak 1 dan 2 setelah tamat eddah.
 
3.




Soalan :
  Assalammualaikum.
  Saya ada kemusykilan berkaitan topik ZIHAR, bolehlah tolong bagi nasihat sekiranya tidak keberatan.
  Begini ceritanya; Saya baru beberapa bulan berumahtangga. Saya suka bergurau senda dan melawak dengan isteri (walaupon lawak bodoh). Lawak bodoh camne pon, isteri tetap gelak... tapi kalau dia tak gelak, saya akan paksa dia gelak...
    Ade satu hari tuh saya bernyanyi-nyanyi mengiringi iklan di TV, "... who's next your mother, who's next your mother... and then your father...". Sambil menyanyi tuh saya melakukan aksi-aksi menambah perisa, kemudian tah camne saya boleh tersebut, "... my mother.." sambil jari menunjuk kearah isteri. Serentak itu kami tersentak, dan teringatkan tentang ZIHAR .
 
   
  Soalannya, jatuh ZIHAR ke?
  Walaupun saya tidak menyamakan anggota badan isteri dengan Mahram saya?
  Apa yang sepatutnya saya lakukan?
   
  Jawapan :
  Maksud zihar adalah menyamakan isteri dengan mahram. Sebutan tersebut tidak termasuk zihar.

1 comment:

Unknown said...

Assalammualaikum

1. Saya difahamkan bahawa sekiranya dalam waktu edah pasangan suami isteri telah melakukan hubungan intim ia telah dianggap rujuk semula. Adakah menjadi kesalahan sekiranya rujuk kami tidak didaftarkan selepas waktu edah dan adakah pasangan tersebut akan didenda.

2. Sekiranya dalam masa edah pasangan tersebut rujuk dengan melakukan hubungan intim tetapi tidak melafazkan untuk rujuk semula dan selepas itu mereka was-was dengan tindakan itu dan ingin meneruskan niat untuk bercerai, bolehkah mereka meneruskan dengan penceraian mereka setelah habis edah tanpa suami melafazkan talak semula.